Saturday, July 29, 2006

Penyalah-gunaan Ruang Siber (Internet)

Pada zaman sekarang, sesiapa sahaja akan tahu tentang internet dan akan kerap menggunakannya tidak kira usia seseorang itu. Pada pendapat saya, remaja lebih kerap menggunakan internet untuk berbagai sebab. Seperti contoh membuat kerja sekolah, mencari maklumat dan juga mencari hiburan. Ada sesetengah orang juga menggunakan internet untuk memudahkan kehidupan mereka. Seperti contoh membeli barangan menerusi internet. Ini adalah contoh-contoh positif. Sebab-sebab negatif pula ialah mencari teman di internet, membuang masa bermain permainan komputer ataupun menonton lucah. Remaja menyalahgunakan internet dengan mencari infomasi yang kurang baik dan ada juga yang melanggar peraturan.
Masalah-masalah yang sering timbul apabila remaja ini menyalahgunakan internet ialah mereka akan dipenjara ataupun mereka akan mendapat virus di komputer. Remaja ini boleh dipenjara kerana kebanyakkan remaja membuat kesalahan seperti memuat turun lagu ataupun filem-filem. Ada juga yang didenda kerana menulis kata-kata kesat dan menghina kaum lain seperti insiden yang baru-baru berlaku di Singapura.
Remaja dapat menjadi pengguna ruang siber yang berhemah tinggi dengan tidak melungsuri lelaman web yang dilarang. Remaja juga dapat menggunakan internet untuk membuat kerja sekolah sahaja. Internet juga menyediakan berbagai lelaman untuk kita menimba ilmu pengetahuan. Remaja juga boleh menghilangkan bosan dengan melungsuri internet.
Seperti seorang individu saya berpendapat bahawa kehidupan tanpa internet akan membuat orang susah. Seperti contoh wanita yang sibuk tidak akan dapat membeli barangan keperluannya menerusi ruang siber. Kita sebagai remaja juga akan mengambil masa yang lebih lama untuk mencari maklumat tanpa internet kerana kita harus mencari maklumat di buku-buku. Dengan ini, internet amat penting dalam kehidupan manusia zaman sekarang.

Friday, July 21, 2006

Siapa Buli???

Membuli adalah mengusik atau menyakiti hati orang lain terutama sekali orang yang lebih lemah. Pada pendapat saya, sebenarnya memang ramai remaja yang tidak sedar yang mereka seorang mangsa buli di sekolah kerana kebanyakan mangsa buli menyangka bahawa itu adalah perkara biasa. Dengan kenyataan ini, saya setuju bahawa buli memang wujud di sekolah terutama sekali sekolah menengah. Namun, terdapat sekolah di negara lain yang mengalami kes buli yang sangat buruk. Seperti contoh ialah negara Australia. Saya setuju buli memang wujud di sekolah kerana terdapat insiden seperti memanggil-manggil orang dengan dengan nama yang boleh menyakitkan hati. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan kerana terdapat kes-kes sebegini di sekolah-sekolah.
Pada pendapat saya, sesetengah remaja menjadi mangsa buli kerana remaja ini enggan bercampur dengan kawan-kawan sekelasnya. Dengan kenyataan inilah membuat seorang buli itu mengusik mangsanya itu. Buli selalu mencari mangsa yang selalu bersendirian kerana buli itu tahu bahawa tiada orang mempertahankan mangsanya itu.
Kesan-kesannya terhadap mangsa buli ialah beliau akan rasa tertekan, takut dan kerap bersendirian. Terdapat sesetengah mangsa buli yang membuli orang lain untuk membalas dendam. Mangsa buli juga akan hilang semangat untuk hidup kerana mereka tahu bahawa diri mereka lemah. Kesan-kesan terhadap yang membuli ialah beliau akan berasa bangga tanpa makna yang baik. Beliau juga akan merasa bahawa dirinya sahaja yang bagus. Ini akan membuat mereka membuli lebih ramai orang.
Saya tidak pernah mengalaminya. Namun, abang saudara saya yang bermastautin ke Austalia pernah mengalaminya di sebuah sekolah menengah di sana. Beliau dibuli dengan teruk sekali sehingga beliau kembali ke Singapura kerana tidak dapat menanggung keperitannya. Antara yang dialaminya ialah beliau dipukul sehingga luka. Dengan ini mangsa buli dan yang membuli harus diberi pertolongan seperti kounseling supaya mereka tidak akan terus membuli orang.

Thursday, July 13, 2006

Remaja dan Tatu

Pada pendapat saya, kawan-kawan telah mendorong para remaja untuk memasang tatu di tubuh mereka. Kawan-kawan remaja tersebut akan menpengaruhinya dengan mengatakan bahawa memasang tatu akan membuat seseorang itu rasa 'cool' atau hebat. Tetapi, jika remaja itu tidak mahu memasang tatu itu, kawannya akan mengatakannya bahawa dia pengecut dan sebagainya. Kadangkala, kawannya itu akan menjauhinya kerana mereka tidak akan berkawan dengan orang yang tidak setaraf atau tidak mengikut kata-katanya. Akibatnya, remaja itu akan mengikut kata-kata kawannya itu kerana dia takut kehilangan semua kawan itu. Ada pula ingin memasang tatu kerana ingin mengikut tren zaman sekarang.
Masalah yang akan dihadapi oleh remaja itu ialah beliau akan dimarah oleh ibu bapanya kerana memasang tatu teramat dilarang oleh agama islam. Bukan sahaja itu, beliau akan dipandang hina oleh masyarakat di luar sana. Pada mulanya, beliau akan merasa bangga kerana mempunyai tatu, tetapi lama-kelamaan beliau akan rasa menyesal dan insaf kerana perbuatannya itu.
Jika saya mempunyai teman yang bermasalah seperti ini, saya akan menasihatkan kepadanya agar jangan melakukan lagi perkara ini kerana ia haram jika dibuat.Kita juga akan mendapat dosa. Saya akan mengatakan kepadanya bahawa terdapat pelbagai cara untuk melepaskan kemarahan kita seperti bercuti, berkelah bersama keluarga danbermacam-macam lagi. Dan kita haruslah berfikiran positif agar kita tidak akan melakukan perkara yang dilarang Tuhan.

Tuesday, July 04, 2006

Etika Menulis Blog

Etika ialah moral. Moral itu penting dalam kehidupan kita kerana ia menilai perwatakan kita. Dengan moral, seseorang itu dapat menilai perwatakan atau personaliti hanya melalui percakapan, cara penulisan seseorang itu dan pelbagai lagi. Ada orang menilai kita hanya dengan melihat cara kita berpakaian, tulisan dan kelakuan. Dengan itu, dia dapat mengagak samada dia itu baik, jahat, sopan atau sebagainya.
Pandangan saya mengenai pelajar, adakah beliau layak mengutuk guru itu ialah salah kerana pelajar itu seharusnya memikirkan perasaan guru itu.Tetapi jika pelajar itu mengutuk atau menuliskan kata-kata yang kesat kepada guru itu, ia bukan sahaja melukakan perasaan guru tetapi mengecilkan hatinya.Pelajar itu harus tahu apa yang dia lakukan.Terdapat bermacam-macam cara untuk melepaskan kemarahan kita.Kita boleh menulis apa-apa sahaja yang kita tidak suka tetapi jangan meletak nama guru atau sesiapa sahaja.Ia akan membuat mereka rasa malu jika seseorang itu membacanya.
Kita harus pandai menulis dan fahami tajuk itu sebelum menulis apa yang kita hendak tuliskan.Juga sebelum menulis apa-apa, kita harus memikirkan apa yang kita harus letakkan dalam blog tersebut.Dengan ini kita atau sesiapa sahaja dapat memahami apa yang kita tuliskan.Sebelum itu, ayat yang bernas dan baik juga diperlukan agar orang yang membacanya dapat memberi gambaran bahawa orang yang menulis blog itu pandai atausebagainya.