Friday, July 21, 2006

Siapa Buli???

Membuli adalah mengusik atau menyakiti hati orang lain terutama sekali orang yang lebih lemah. Pada pendapat saya, sebenarnya memang ramai remaja yang tidak sedar yang mereka seorang mangsa buli di sekolah kerana kebanyakan mangsa buli menyangka bahawa itu adalah perkara biasa. Dengan kenyataan ini, saya setuju bahawa buli memang wujud di sekolah terutama sekali sekolah menengah. Namun, terdapat sekolah di negara lain yang mengalami kes buli yang sangat buruk. Seperti contoh ialah negara Australia. Saya setuju buli memang wujud di sekolah kerana terdapat insiden seperti memanggil-manggil orang dengan dengan nama yang boleh menyakitkan hati. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan kerana terdapat kes-kes sebegini di sekolah-sekolah.
Pada pendapat saya, sesetengah remaja menjadi mangsa buli kerana remaja ini enggan bercampur dengan kawan-kawan sekelasnya. Dengan kenyataan inilah membuat seorang buli itu mengusik mangsanya itu. Buli selalu mencari mangsa yang selalu bersendirian kerana buli itu tahu bahawa tiada orang mempertahankan mangsanya itu.
Kesan-kesannya terhadap mangsa buli ialah beliau akan rasa tertekan, takut dan kerap bersendirian. Terdapat sesetengah mangsa buli yang membuli orang lain untuk membalas dendam. Mangsa buli juga akan hilang semangat untuk hidup kerana mereka tahu bahawa diri mereka lemah. Kesan-kesan terhadap yang membuli ialah beliau akan berasa bangga tanpa makna yang baik. Beliau juga akan merasa bahawa dirinya sahaja yang bagus. Ini akan membuat mereka membuli lebih ramai orang.
Saya tidak pernah mengalaminya. Namun, abang saudara saya yang bermastautin ke Austalia pernah mengalaminya di sebuah sekolah menengah di sana. Beliau dibuli dengan teruk sekali sehingga beliau kembali ke Singapura kerana tidak dapat menanggung keperitannya. Antara yang dialaminya ialah beliau dipukul sehingga luka. Dengan ini mangsa buli dan yang membuli harus diberi pertolongan seperti kounseling supaya mereka tidak akan terus membuli orang.

1 Comments:

At 12:13 AM, Blogger Cat said...

Kulit:4 Isi:7 Bahasa:7 Jumlah:18

 

Post a Comment

<< Home