Thursday, September 21, 2006

Topik 1

Mengenai topik ini, saya kurang setuju bahawa remaja hari ini tidak memerlukan sahabat kerana mereka boleh bergantung kepada kebendaan seperti alat pemain MP3, internet dan sebagainya sebagai teman menghibur diri. Salah satu sebabnya ialah jika mereka ingin pertolongan seperti kerja sekolah atau lain-lain lagi, dapatkah pemain MP3 ,internet menolong mereka? Sudah tentunya tidak. Mungkin internet boleh menolong mereka dalam mencari informasi-informasi yang tidak ada di dalam buku tetapi tidak semua benda boleh kita perolehi darinya. Contoh jika kita tidak tahu membuat kerja rumah yang cikgu berikan, sahabat boleh membantu kita, jika kita ada masalah, sahabat dapat membantu kita meringankan beban kita dengan mendengar masalah kita. Di internet, kita juga memang boleh meluahkan masalah kita melalui 'Blogging' tetapi tidak sama jika kita meluahkan melalui sahabat kerana sahabat boleh memberi pandangan atau boleh membantu kita menyelesaikan masalah kita.
Pada pendapat saya, memang alat pemain MP3, internet dan sebagainya diperlukan jika kita berasa bosan, tetapi jika kita menggunakan setiap hari, kita akan merasa bosan melakukan perkara yang sama. Tetapi dengan adanya sahabat, kita boleh mengajak mereka pergi berjalan-jalan contohnya pergi belajar di perpustakaan, pergi menonton wayang dan banyak lagi. Dengan ini, kita akan berasa terhibur dan gembira setiap masa apabila bersama mereka. Saya juga berpendapat bahawa jika kita tidak mempunyai sahabat, kita akan berasa tertekan, cemburu melihat kawan-kawan kita bermesra dengan mereka, tidak mempunyai semangat untuk belajar dan banyak lagi. Sebab itulah, kita harus mencari sahabat kerana kita perlukan sahabat untuk membantu kita tidak kira dalam kerja sekolah ataupun dalam hal lain.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home