Friday, September 22, 2006

Topik 3

Ya. Saya setuju bahawa hukuman yang dijatuhkan kepada pendera kucing (penjara selama setahun dan disaman) tidak sejajar dengan kesalahannya. Ini kerana kita berharap dapat menyedarkan orang ramai bahawa binatang juga adalah makhluk ciptaan Tuhan. Dari itu, mereka juga harus sedar bahawa binatang seperti kucing, anjing dan banyak lagi, harus dibelai, disayangi serta diberikan perhatian yang sebaik mungkin. Memang tidak dinafikan bahawa orang Islam haram memegang anjing tetapi anjing juga adalah makhluk ciptaan Tuhan, mereka tidak sepatutnya menderanya. Saya ingin memberi pendapat jika pendera itu mengulangi perbuatan zalimnya itu lagi, pihak yang berkuasa tidak harus berdiam diri, beliau haruslah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya itu. Hukuman bagi pendera itu haruslah tiga kali ganda dari hukuman yang sebelumnya.
Sesiapa yang tidak mahu lagi menjaga kucingnya itu, dia haruslah menghantar kucing itu kepada sesuatu tempat dimana kucing dijaga dan dipelihara dengan sebaik-baiknya. Jika kita ingin membeli kucing, kita haruslah merancang dahulu sebelum membeli kucing itu. Seseorang itu harus mempunyai wang yang cukup untuk membeli bermacam-macam barang buat kucing itu. Contohnya, makanan serta tempat tinggal untuk kucing tersebut tinggal. Tujuan kita berbuat begini agar kucing itu tidak berasa takut ketika berada di rumah barunya. Mereka juga akan akan cepat berasa selesa dan dapat menyesuaikan diri dalam tempat barunya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home