Wednesday, October 24, 2007

Surat Kiriman Rasmi

Nabila Atiqa Binte Rahmat
Blk 456, Crescent Moon Drive
#11-25
Singapura 587965

24 Oktober 2007

Pengerusi Majlis Bandaran
Majlis Bandaran Crescent Moon
453 Crescent Moon
Singapura 587965

Tuan/Puan

Surat aduan mengenai perangai buruk sekumpulan remaja yang berkumpul di kolong blok setiap malam

Merujuk perkara di atas, saya ingin membuat aduan mengenai sekumpulan remaja yang berkumpul di kolong blok saya setiap malam. Saya berasa jengkel dan tidak berpuas hati dengan mereka. Mereka bukan sahaja telah membuat bising tetapi telah mengotori kolong blok itu. Selalunya ia berlaku pada setiap hari Sabtu dan Ahad malam. Bapa saya kerap terserempak dengan mereka apabila pulang dari kerja malam.

Pada waktu malam, bapa saya selalu ternampak sekumpulan remaja itu berbuat bising. Dia juga melihat melihat seorang lelaki dan perempuan sedang bercumbuan di khalayak ramai dan meminum arak. Kelakuan dua remaja itu bercumbuan di khalayak ramai sungguh memalukan, menjengkelkan bagi penduduk melayu Islam di sini. Tambahan lagi, tidur saya sering terganggu dan kadangkala pada pukul sembilan malam mereka sudah berada di situ. Ini menganggu ketenteraman keluarga saya dan seluruh penduduk di seluruh blok itu.

Apabila saya ingin ke tempat kerja, saya selalu ternampak tin-tin minuman keras yang bertaburan dan puntung-puntung rokok yang bersepah di sekeliling kolong blok itu. Meja di kolong blok itu juga penuh dengan kata-kata kesat yang diconteng dengan menggunakan marker. Tempat itu juga berbau busuk.

Saya mencadangkan Tuan/Puan meletakkan kamera tersembunyi di setiap corok kolong blok agar boleh membuat tindakan kepada remaja-remaja ini. Secara tidak langsung kamera ini juga dapat meningkatkan kadar keselamatan di daerah estet kami. Tuan/Puan juga boleh mengarahkan beberapa orang anggota polis untuk meronda di sekeliling estet kami setiap malam.

Saya sangat mengharap bantuan Tuan/Puan dalam menangani masalah ini. Saya akan mengharapkan perubahan yang positif pada hari yang akan datang. Terima kasih atas keprihatinan anda.

Yang Benar

Nabila Atiqa Binte Rahmat

(Penduduk estet Crescent Moon Drive)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home